Here i am

Status

Always love Friday
1 FEBRUARI 2013


Autobiography


Assalamualaikum . Hola earthlings, Welcome to my simple mimple blog. Be nice and No haters and copycats here. Do follow me. Thanks the owner of the blog is Wani .

Entries About iloveyou

Tagboard


ILOVEYOU







HATE AND HATE AND HATE !

   Assalamualaikum , hehe ;) Harini nak story ape ? Ni yang rase berbahang nak cerita ni . Panas jee kepala otak nak cerita . Hish , bak kata mama aku " Tak sangka wujud lagi manusia macam tu ". Memang first time aku jumpe family macam tuh . Sangat menjengkelkan . Hish , buat tambah dose aku je dia tu . Dah lah dose yang ade pon tak tertanggung ni hah :3
   Well , dah hampir satu sekolah tahu kelas 1BESTARI gaduh dengan kawan sekelas sendiri . is it crazy right ? Errr , so crazy . Gaduh dengan siape ? Wajib jugak aku sebut nama dia . Tapi kang malu pulak dia kan . Takpe takpe . Aku baik malam ni . So aku just shut up kan je lah name dia . Kalau aku tak bagitahu pon korang akan tahu bile bace blog darwisya  . Kire aku baik lah sikit malam ni . Sikit je tau :D
   Actually macam ni kelas 1BESTARI ade yang main kutu . bukan kutu kat rambut , tapi kutu yang duit tu . Jangan fikir kutu kutu lain pulak :3 Sebulan dapat berapa entah . Itu aku tak tahu . so aku cerita mane yang aku tahu je lah . sebab kalau aku cerita mane yang aku tak tahu , kang dipanggil tokok tambah cerita pulak kan . So , bile dapat duit kutu tu , ' minah ' ni just bagi suku daripada duit tu kat parents dia . So parents dia yang biadap tu pon pelik lah kenapa sikit je duit kutu ni sedangkan anak dia bayar lah kononnya . 
   Aku tak tahu ah siapa yang pegang duit tu , Tapi yang pasti diorang dah serahkan duit kutu tuh kat ' minah ' ni . But maybe ' minah ' ni dah gunakan duit tu and kata dekat parents dia bahawa diorang tak bagi duit kutu tu sepenuhnya supaya parents dia tak marah dia . Mudahkan dia ? Whatever lah .. And then dia dah hampir 3 bulan tak datang sekolah . Nyssa , Attiah , and siape entah ade pergi rumah dia for bagitahu kerja kerja sekolah and apa apa yang perlu . Dia jugak ade terima surat amaran pertama drpd pihak sekolah sbab banyak kali tak datang . Tapi dia kata dengan C.Hamimah dia tak dapat surat tu . Dasar penipu !
   And then ade lah budak india kelas kitorang mengandung . Aku tak tahu lah macam mane dia boleh mengandung . And then entah siapa cakap macam ni " ' budak india ' tuh mengandung , sebab itu lah tak datang sekolah . Takkan lah ' minah ' tu tak datang sekolah sebab mengandung jugak . hahaha gurau gurau ". kau kenal kan kawan kawan kelas kau memang suke bergurau ? So faham faham kan lah diri kau tuh . It's just a joke . Joke and joke !
   And then like a usual setiap kelas mesti kena bayar duit kelas setiap hari or setiap minggu or setiap bulan right ? Kelas kitorang bayar RM1 seminggu . tuh pon kedekut ke ? And then parents diaa yang ' baik sangat ' tuh pon terkejut lah sebab ' minah ' ni asyik mintak duit je :3 Aku malas nak putar belit cerita . Senang cerita parents dia fikir yang diorang tak bagi sepenuhnya duit kutu kat anak dia and sengaja mintak duit banyak banyak .
   So kes ni yang terlibat hanyalah yang main kutu je lah . Tapi sekarang , satu kelas dah terlibat . It's over you know ! Entah ape yang ' minah ' tu putar belit cerita kata parents dia sampai kan suatu hari ....
   Parents dia and kakak dia yang bersaiz DINASOUR . Dia fikir bapak dia buat muke macam tuh kitorang semua takut tahap cipanzi ah ? Ehh please lah . Takut tu memang lah ade , Tapi takde lah over . Mana tak nya , mase tuh aku and Wawa tengah tolong C.Affizan ( guru kelas ) siapkan fail PBS . Tetibe ' minah ' datang kata " Cikgu , mak saya nak jumpe kat bawah ". dengan wajah terkejutnya aku and Wawa tegur dia " Ehh , ****** ". Dia boleh jeling . Kau ingat kau jeling kau cun sangat ? Hishh .
   Cikgu mintak cikgu ape entah temankan . Kitorang sambung buat fail PBS . tetibe Danial datang dengan gelabah dan bertanya mana C.Affizan . Kitorang terkejut . Kata lah C.Affizan dah turun jumpe Mak ' minah ' tu . Aku ingatkan hal kecik , rupanya dah besar dahh ! Mcam saiz kakak dia tuh . Hishh hishh hishh :3 Aku and Wawa dengan gelabah nya turun bawah lintang pukang berlari cari cikgu sampai cikgu cikgu dalam bilik guru tu marah kitorang berlari . kesah kah aku time tu ?
   Ape yang aku risau hanya C.Affizan . Hish :3 Aku dengan Wawa dari jauh dah nampak parents ' minah ' tu and time tu jugak Nyssa and Iman dah menangis :3 Ustazah Nourhatzryn yang takde kena mengena tuh pulak terpaksa menghadap parents ' minah ' tu . Aku dah takut lah jugak . puas aku carik C.Affizan . Rupanya Cikgu kat pejabat . Haish :3 Ada hati bapak dia nak tampar kitorang satu kelas ? melampau . dah lah menceroboh sekolah . tak malu ke ? keluarga kau sendiri yang malu weyy . Malu malu dan malu !
   And then mak bapak kau pergi pejabat lepas tu nak mengamuk kat sane ape pasal ? Hishh :3 aku ingat lagi kata kata kakak kau yang gemuk tuh " korang apesal nak cakap adik aku mengandung ? Ingat adik aku takde maruah ke apa ? kau ingat dia bohsia ? iee , aku pijak jugak sorang sorang ni kang ! ". tak malu ke kiri kanan depan belakang kau pandang ? aduhaiii -.- And then mak kau pulak membebel " mane duit kutu yang sepatutnya anak acik dapat ? mane ? sikit sikit mintak duit . korang tak tahu ke " minah " ni dah berapa bulan tak datang sebab malu korang cakap dia mengandung ?! " . anak kau tak mengandung kau ? yang kau nak amik serious kenapa ? ek elehhh ! kolot ah pemikiran lu .
   And then bapak dia hampir nak menampar hazwan . Hazwan tuh kawan aku sejak tahun 1 . berani dia tampar ? hish :3 Kesian ustazah Nourhatzryn yang takde kena mengena tuh . sampaikan ustazah tuh pura pura panggil kitorang supaya kitorang tak terlepas cakap dgn mak ' minah ' tuh . hish aku nak masuk dengan wawa actually . tapi masalhnya , yang boleh masuk hanyalah yang main kutu je :3 
   Iman keluar dengan menangis nangis nye sebab bapak ' minah ' tu still nak back-up anak dia tuh ! sedangkan anak dia memang bersalah . after that Cikgu Hamimah suruh diorang mintak maaf . Terpaksa mintak maaf okay . diorang mintak maaf bukan bermakna diorang bersalah ! Faham ?!
   And then hari Jumaat semalam pulak , ' minah ' tu datang sekolah . hushh macam nak bash habis je rase . Bapak dia tuh dah ugut Ester supaya kawan dengan anak dia , kalau tak , kena lah Ester nanti . hish :3 and then time rehat menengah atas aku dengan wawa memang dalam bilik ape entah for siapkan fail PBS , tetibe Roza datang kata kakak ' minah ' tu nak tampar Nyssa . Aku dengan Wawa sekali lagi lintang pukang turun bawah . Kakak dia tolak + hampir nak lempang Nyssa sebab kononnya Nyssa punce kitorang semua tak kawan adik dia . Hak aku ah nak kawan adik dia ke tak . Sibuk ! 
   And then kakak dia sempat ugut nak jumpe diorang dekat luar sekolah untuk belasah . Hushh terror ah kononnya tuh . err please lah !  And then Nyssa pergi bagitahu Cikgu hamimah . Cikgu terus bawak Nyssa , Attiah and Iman pergi balai polis . Family ' minah ' tu nak saman malu family Iman , Over nyaaa ! Polis tuh smpai tergelak sebab hal kecik dibesar besarkan . And setapak pon family ' minah ' tu termasuk dia tak dibenarkan masuk kawasan sekolah kecuali ade polis berteman . Hahahahaha padan muka * gelak jahat * . Sekali lagi kau buat hal , biar aku pulak yang report polis . Huhhh :3 Bermasalah !